Thursday, March 26, 2009

Skop Pembestarian Sekolah

Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan;
  1. menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi
  2. menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap
  3. memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sekongan
Pembestarian Sekolah akan menfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut;
  1. projek makmal Komputer Sekolah
  2. program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
  3. rangkaian SchoolNet
  4. rancangan TV pendidikan
  5. projek Rintis Sekolah Bestari
  6. ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
  7. mata Pelajaran yang Berasaskan ICT
  8. perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta
  9. latihan ICT Guru
  10. pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah
Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.

No comments:

Post a Comment

Followers