Monday, March 30, 2009

Karnival Pembestarian Sekolah 2009

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) akan menganjurkan Karnival Pembestarian Sekolah pada 10 hingga 12 April 2009 di SMK Agama Sandakan, Sabah. Sehubungan itu, BTP menjemput sekolah-sekolah untuk mengambil bahagian dalam 3 pertandingan yang dianjurkan iaitu :
Pertandingan Laman Web Sekolah
Pertandingan Blog Pengajaran dan Pembelajaran
Pertandingan Klip Video Pengajaran dan Pembelajaran
Semua pernyertaan boleh dihantar melalui email karnival@moe.edu.my sebelum 10 April 2009. Pertandingan ini terbuka kepada guru dan pelajar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan di seluruh negara.

Sebarang pertanyaan yang berkaitan pertandingan tersebut bolehlah menghubungi Urus Setia iaitu En. Ahmad Termizi bin Mohd. Yusof ditalian 03-20987819 atau Pn. Sa'diah Md Said 03-20987837

Syarat Pertandingan-syarat pertandingan boleh dirujuk menerusi laman web ini.

Thursday, March 26, 2009

Skop Pembestarian Sekolah

Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan;
  1. menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi
  2. menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap
  3. memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sekongan
Pembestarian Sekolah akan menfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut;
  1. projek makmal Komputer Sekolah
  2. program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
  3. rangkaian SchoolNet
  4. rancangan TV pendidikan
  5. projek Rintis Sekolah Bestari
  6. ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
  7. mata Pelajaran yang Berasaskan ICT
  8. perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta
  9. latihan ICT Guru
  10. pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah
Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.

Pembestarian Sekolah

APAKAH PEMBESTARIAN SEKOLAH?

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

PENGENALAN

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

Dasar Dan Matlamat

Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu;

  1. ICT untuk semua pelajar
  2. ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan komponen mata pelajaran
  3. ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan
Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran dan pembelajaran.

KONSEP PEMBESTARIAN

Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources.

Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices. 

We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing
education throughout  their lives

Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996 
The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation.
      
Advanced 
teaching and learning materials developed through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes.
       
Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004 
… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa.
    
Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan 
nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.
            
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005






Sumber dari : BTP 

Iklan Penyertaan dalam Aktiviti Bulan Pembestarian Sekolah

26 Mac 2009 - Pihak urusetia program telah menampalkan poster iklan penyertaan dalam Pertandingan Asas Komputer, Kuiz Komputer dan Fast Typing.

Segala pengambilan borang dan penyerahan borang penyertaan perlu diserahkan sebelum atau pada tarikh yang telah dinyatakan dalam iklan tersebut. 

Pelancaran Bulan Pembestarian SK Seri Besout

25 Mac 2009 - Pada Perhimpunan Ko-Kurikulum, majlis pelancaran Bulan Pembestarian Sekolah peringkat SK Seri Besout telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar Pn Hjh Laila bt Sarji. Pelancaran ini menandakan permulaan awal ke arah menjadikan SK Seri Besout sebuah sekolah bestari pada masa akan datang.

Pelancaran Program Bulan Pembestarian Sekolah ini adalah serentak dengan pelancaran Kelab Rukun Negara dan Pelancaran Program Nilam. Diharapkan semua program ini dapat dianjurkan dengan sempurna dan mencapai objektifnya.

Antara aktiviti / program yang akan diadakan sepanjang Bulan Pembestarian Sekolah adalah seperti berikut:
1. Pertandingan Asas Komputer Tahap 2
2. Pertandingan Mewarna dan Melukis Tahap 1 dan Tahap 2
3. Kuiz Komputer Tahap 1 dan Tahap 2
4. Open Fast Typing
5. Pengunjung Pusat Akses Paling Kerap
6. Pemasangan Wireless Router
7. Kursus Pencarian Search Engine
8. Majlis Pelancaran Laman Web Sekolah dan Bridged Bestari Sekolah

Diharapkan semua murid dan warga sekolah dapat menyertai dan memberi sokongan terhadap program yang dianjurkan.

Followers