Tuesday, April 14, 2009
Open Fast Typing - Pengalaman Baru??


Aqilah, Taip betul-betul tau!!
Fikri!!, tengok kat monitor tue!! Nanti salah eja!!!
Si Baju Merah (pembantu bertauliah) Monday, April 13, 2009
Snapshot Pertandingan Asas Komputer Tahap 2







Friday, April 10, 2009
Pertandingan Asas Komputer Tahap 2
Sehubungan dengan itu, semua peserta yang telah menghantar borang penyertaan perlu menghadiri sesi taklimat ringkas berkenaan pertandingan ini pada ketetapan berikut:
Hari : Isnin
Tarikh : 13 April 2009
Tempat : Pusat Akses SK Seri Besout
Sekiranya didapati ada kumpulan peserta tidak menghadiri, maka penyertaan kumpulan peserta tersebut dibatalkan.
Monday, March 30, 2009
Karnival Pembestarian Sekolah 2009
Pertandingan Laman Web Sekolah
Pertandingan Blog Pengajaran dan Pembelajaran
Pertandingan Klip Video Pengajaran dan Pembelajaran
Semua pernyertaan boleh dihantar melalui email karnival@moe.edu.my sebelum 10 April 2009. Pertandingan ini terbuka kepada guru dan pelajar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan di seluruh negara.
Sebarang pertanyaan yang berkaitan pertandingan tersebut bolehlah menghubungi Urus Setia iaitu En. Ahmad Termizi bin Mohd. Yusof ditalian 03-20987819 atau Pn. Sa'diah Md Said 03-20987837
Syarat Pertandingan-syarat pertandingan boleh dirujuk menerusi laman web ini.
Thursday, March 26, 2009
Skop Pembestarian Sekolah
- menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi
- menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap
- memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sekongan
- projek makmal Komputer Sekolah
- program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
- rangkaian SchoolNet
- rancangan TV pendidikan
- projek Rintis Sekolah Bestari
- ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
- mata Pelajaran yang Berasaskan ICT
- perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta
- latihan ICT Guru
- pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah
Pembestarian Sekolah
Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).
PENGENALAN
Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.
Dasar Dan Matlamat
Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu;
Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran dan pembelajaran.
KONSEP PEMBESTARIANTeachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources.
Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices.
We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuingeducation throughout their lives
Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996 The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation.
Advanced teaching and learning materials developed through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes.
Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004 … pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa.
Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005
Sumber dari : BTP
Iklan Penyertaan dalam Aktiviti Bulan Pembestarian Sekolah




