Tuesday, April 14, 2009
Open Fast Typing - Pengalaman Baru??
Tepat pukul 3.30 petang td, seramai 10 orang peserta menyertai pertandingan Open Fast Typing. Pertandingan ini bertujuan menguji kemampuan murid menaip dalam tempoh masa yang ditetapkan menggunakan software Kiran Typing Tutor. Inilah peserta-peserta yang terlibat dalam sesi pertandingan kali ini iaitu 6 lelaki dan 4 perempuan. (Yang berbaju merah tue, bertindak sebagai pembantu dan pencatat markah)

Aqilah, Taip betul-betul tau!!
Fikri!!, tengok kat monitor tue!! Nanti salah eja!!!
Si Baju Merah (pembantu bertauliah)

Semua peserta diberi taklimat oleh Guru Penyelaras Bestari, En Faidul Rahhim secara ringkas tentang cara pertandingan ini dijalankan. Setelah itu, sesi pertandingan pun bermula dengan agak mencabar. Lihatlah gelagat-gelagat mereka..

khusyuknya mereka!!!
cepatla nizam!!!
Farrah!!! Cepatla! Nanti kita kalah ler..
Aqilah, Taip betul-betul tau!!
Fikri!!, tengok kat monitor tue!! Nanti salah eja!!!
Si Baju Merah (pembantu bertauliah) Shahrizal yang suka membantu.. ;)
Semua peserta cukup gembira dan masing-masing telah menunjukkan kemahiran menaip mereka dengan baik.. Tahniah dan syabas!!!
Monday, April 13, 2009
Snapshot Pertandingan Asas Komputer Tahap 2

Tidak kurang hebat juga Fadlie, JTK Sekolah yang bersungguh-sungguh memberi penerangan ringkas cara pemasangan komputer. Malah, penerangan beliau cukup berkesan dan mantap.
Rasanye, beliau berpotensi untuk menjadi guru cemerlang ;). Apa pun, syabas untuk Fadlie.

Setelah penerangan ringkas, semua peserta dibenarkan untuk cuba memasang komputer secara berkumpulan. Kita lihat telatah gelagat mereka...





Setelah sesi taklimat dan penerangan, barulah diadakan pertandingan antara peserta terlibat.
Masing-masing menunjukkan kebolehan mereka tersendiri.
Alhamdulillah, saya tidak sangka melihat ada di kalangan peserta yang memiliki kebolehan tersendiri dan menunjukkan minat mendalam dalam sesi ini.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya, teruskan usaha anda untuk menerokai dunia ICT yang mencabar ini. Chaiyo!!!
Subscribe to:
Comments (Atom)

